18 April 2010

Kehilangan Achik Spin

berita pertama : sumber ohartis.com

diberitahu sebentar tadi, Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, PLUS kira-kira jam 6:15 petang tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2, dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.

Arwah tercampak dari kereta dan maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah hampir diseluruh badan. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta sebelum kebakaran bermula.

credit by ohartis.com

berita kedua : sumber murai.com

(temubual bersama siti nor diana/nana-sahabat)
SEREMBAN, 17 APRIL 2010: Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Siti Nordiana Alias (Nana), 26 sebentar tadi.

Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana awal petang tadi. Nana ketika dihubungi murai.com.my mengesahkan berita itu setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga Achik.

"Nana betul-betul terkejut dan tak sangka perkara ini terjadi.Sukar untuk percaya apabila menerima berita tentang kematian Achik ini sebab baru petang tadi kami berganding bersama menjayakan program Gah 1 di RTM. Malah sewaktu program itu selesai, Nana sempat berborak dengan dia dan menghantar beliau ke keretanya.

"Nana sendiri pun tak tahu apa punca kemalangan tersebut, tapi apa yang Nana diberitahu oleh ahli keluarga Achik, kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas dan terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian.

Nana rasa sedih sangat kerana Nana rapat dengan Achik kerana kami sama-sama memulakan karier sebagai artis rakaman dan sama-sama mencipta nama.Sekarang ini Nana dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bersama ahli kumpulan Spin yang lain"kata Nana yang masih sebak serta tidak dapat menahan kesedihan.

credit by : murai.com

berita ketiga : sumber http://cintasaturasa.blogspot.com/2010/04/perginya-seorang-lagi-artis-kesayangan.html

Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.


Kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.


“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.


“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.


Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.


Allahyarham rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

credit by :
http://cintasaturasa.blogspot.com

(juz dapat copy n paste saje berita tentang kepergian achik spin,sebagai tanda peminat arwah,untuk memuatkan berita kemalangan beliau di blog ini)

~thanks for~
http://www.ohartis.com
http://www.murai.com
http://cintasaturasa.blogspot.com
(sumber)

No comments: