08 June 2011

Merajuk seorang lelaki mcm ni eyh?

BILA LELAKI MERAJUK......

a) Diam Seribu Bahasa

Dia diam jak sepanjang bersama kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau dia anggukkan kepalanya jak. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Klu dia layan p0n tapi mcm mau tak mau jak..mcm t'paksala kenen..Jika benda ni berlaku sah-lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tau dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti tolong kemaskan meja ka...dia buat acuh tak acuh jak...huhu..Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan jak buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud...ishh

c) Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la....lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi"..kununla..huhu..(sggup mogok lapar!!wakaka)

d) Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. :!!!!:Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je tu....iya tak!

e) Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit

Hah, ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan low bateri kunun. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat...Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Enggan Tidur Bersama
Ini bg yg dah married la.. klu merajuk tu, tak nak tido dlm bilik, alasannya dlml bilik tu panas konon.. lg satu, kalau pun sebilik, tp posisi tido pun berlainan arah sbb apa, tak nak nampak muka berdepan2 elehh..merajuk sakan la tu...

No comments: